Tuesday, 11 October 2011

Gambar kereta Camaro ini aku buat mengunakan 3ds max dan touch up sket dengan Photoshop.Aku gunakan Mental Ray dlm 3ds max.Model kereta tuh aku download dari website..kalau nak buat sendiri model ni memang jenuh nak bagi complete.
Yang ni pulak aku guna model Bumblebee.Body dia aku guna bitmap material bendera Malaysia.Jangan salah sangka lak.Semua yang ada dalam gambar tuh bukan real..ia dijana dengan kuasa 3ds max..
Yang ini lak asalnya cuma gambar KLCC je tapi aku tambah dengan karakter 3D toyol tuh.Dengan pengetahuan yang aku ada sket2 nih,aku buat la sedaya upaya yang boleh untuk jadikan toyol tuh nampak real tengah panjat bangunan..aku guna 3ds max dengan photoshop.
 Gambar ni aku ambil snapshot dari filem Star Wars pastu aku letak la nama aku tuh kat situ..saje je..aku guna 3ds max.

Gambar ni yang latar belakang tuh real,aku ambil sendiri kat satu kawasan,pastu aku guna 3ds max untuk tambah letak model kapal..effect lain aku touch up guna After effects dan Photoshop.Nampak real sket je..walaupun memang x real...
Yang ni latar belakangnya real,aku buat untuk ownskin.
     Ok sebenarnya banyak gambar yang aku buat ni tapi aku bagi sikit je.Semua dalam bentuk gambar,tapi ada gak aku buat dalam bentuk video.Tu lagi la rumit nak wat..dah la rumit..nak render makan berjam2..kadang2 berhari2..ada gak yang gagal..lagi la kalau buat video animasi ni.Transformers? ye aku pun nak gak ubah kereta jadi robot..aku akui memang susah giler..tapi aku nak wat jugak kerana minat..aku rasa dapat kepuasan kalau apa yang pakar animasi tu buat,aku pun boleh buat walaupun tak sehebat pakar tuh.Yang paling mencabar jika animasi 3D ni digabungkan dengan real footage..Aku akan tunjukkan hasil video2 yang pernah aku wat guna 3D software ni..wat masa ni aku nak stop dulu...nanti aku update lagi...Salam...